Rawatan Al-Quran

25:23 AL FURQAN DOA PENAWAR SANTAU

PENAWAR SANTAU 25:23 FURQAN

3:26-27 Ali Imran: Agar Terbuka Pintu Rezeki dan Mengalir Dengan Mudah

3:26-27 Ali Imran Agar terbuka pintu rezeki dan mengalir dengan mudah.

Tuliskan dengan pena batang pokok mekah dengan dakwat sirap merah (air asam paya) bersama air bunga mawar pada pinggan putih. Kemudian leburkan dengan air suci; air embun, air hujan, air gunung, air suling dibuat minuman, mandi dan campuran kepada masakan makanan. Air boleh tambah jangan bagi habis langsung. Kemudian Hafal dan baca selalu ayat ini sebagai pemohonan doa kita agar Allah redha akan permohonan kita itu dengan melimpah rezeki halal suci terhadap diri kita dan di pelihara dari pelbagai penyakit yang akan menimpa diri kita dengan izin Allah yang kita mohonkan.

سُوۡرَةُ آل عِمرَان

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٦) تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيۡلِ‌ۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَىَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَىِّ‌ۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬ (٢٧)

Surah Al-E-Imran

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (27)