Apa Erti Hemati?
atau
Apa Erti Hamati?

Berasal dari bahasa arab hemah, bila hemah-hemah  di-jamak jadi hemat dan bila tambah ya' bunyi 'i"bermaksud diri kita semua. Maksudnya. Kita hendaklah berwaspada dengan semua deria anggota jasmani dan ruhani untuk bersungguh-sungguh mengerjakan sesuatu amalan yang tidak menyekutukan tuhan yang Esa, yakni Allah S.W.T. 

HEMATI atau HAMATI maknanya adalah merangkumi  Enam (6) di dalam perkiraan adat istiadat kita bahawa amalan pancaindera kita adalah seperti berikut:-

1.            Melihat

2.            Mengata

3.            Mendengar

4.            Menghidu

5.            Merasa

6.            Memikirkan akan deria

Hemah Ku = Hemati adalah  kata kunci pegangan untuk keselamatan diri kita.

 

Sikap waspada, penuh kesabaran muhasabahkan diri dan senantiasa berpasrah kepada Allah S.W.T. hendaklah berada dalam jiwa diri kita dan menuruti akan apa jua nasihat dari pengalaman kita, yang dapat menyelesaikan jalan kusut dan kesesatan yang kita alami. Kita hendaklah melihat, mendengar, mengata, menghidu, merasa, memikirkan, dengan berfirasat atau berwasapada serti muhasabah diri di dalam sabar dan pasrah pada Allah S.W.T. adalah kata kunci atau makna pada hemati. Hematilah selalu agar kita tidak tersesat jalan oleh hasutan Iblis dan Syaitan!!! Perkataan HEMATI ini telah diguna pakai di zaman dahulu kala lagi asal dari ajaran Adam a.s.  Bila kita rujuk pada kitab Undang-Undang Kedah (penerbit DBP yakni kitab tamadun kita yang canggih tahun 222 Hijrah) banyak perkataan itu disebut-sebut. Akan tetapi bila kita dijajah oleh golongan jalan kesesatan Iblis dan Syaitan telah menukar kepada HATI yang tidak memainkan peranan seperti hemati, tetapi tidak sehebat hemati . Di mana Hemati yang mengunakan enam (6) pancaindera yang kita dapat menilaikan dan menyelesaikan sesuatu perkara yang kita hadapi.  Begitulah juga Jantung ditukar kepada hati, maka manusia dizaman muta'akhir ini ramai tidak ambil peduli pada jantungnya maka ramailah yang sakit tegar lemah jantung yang sudah parah dan sukar dipulihkan.

 

Sakit hati bagi pihak yang berhasad dengki dan juga bagi mereka yang memarahi dan benci akan seseorang itu. Inilah ajaran kesesatan Iblis dan syaitan. Apa salahnya kita sebut, bila kita marah kita, kita berkata dalam diri kita bahawa ini boleh sakitkan jantung kita. �Kalau aku marah boleh menyebabkan jantung aku sakit.� Inilah kata kunci untuk memelihara kesihatan jantung kita. Kesabaran membuat jantung kita tenang dan hemati yang mengunakan enam pancaindera kita yang senantisa tersemat dalam jiwa raga kita, dapatlah kita menilaikan dan menyelesaikan penyakit lemah jantung. Dengan Jantung yang tenang ia tidak kepenatan seperti apabila kita marah. Maka Jantung kita sihat dapat mengalirkan darah dengan tekanan darah yang sederhana boleh menyihatkan seluruh anggota badan kita untuk terus hidup beramal ibadat pada Allah yang Esa.

 

Hematilah di Jalan Raya adalah yang terbaik  dengan menlenyapkan perkataan berhati-hatilah di Jalan Raya. Insyaallah Kita dapat mengurangkan musyibah bala yang akan menimpa pada diri kita apabilah jamaah semua anggota pancaindera kita bertindak ke atas keselamatan diri kita bila kita pergi berjalan kemana-mana tempat yang kita tuju.

 

Begitulah sekiranya diri anda ingin menyertai dalam keluarga kami bacalah dahulu watikah kami dengan hemati agar kita tidak tersesat jalan. Pilihlah jalan yang benar bagi melenyapkan jalan yang sesat. Rajin-rajinlah bertanya selalu agar kita tidak tersesat jalan.

Pendaftar.Info| TAJAMAS | Adat Istiadat |>Kesatuan>| Alim Ulama  |Usahawan| Bijak Bistari |Penguam
SEJARAH | Halal Suci | RawatanUrutist | Bekerjasama | Multimedia Kampung Corridor | Mata2 | UN
  1MSC | RakanCoP |SMKMERBOK| Utusan Melayu Jawi| ASTANA | Jawi & Rumi| TABLIQ | asMoU | HEMATI
AminJohar.Info | AminJohar.co.cc | Negara Kedah | Wasiat Muhammad s.a.w.  | Pendaftar.co.ccRegistrar
SampleGift | MasukJawi | Jawi | UtusanMelayuJawi | ASTANA | Tabliq | Rumi&Jawi | Jawi&Rumi | Keluarga
Inabah | Rakan UiTM | urutist2  | pendaftar2 | tajamas2 | adat | abuanasmadani | Kharil&Co | urutist.cc.cc


| Blog | Qalbu | ADAM |ADAT|HADIAH| BijakRss



Kongsi dan Berseronoklah:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Facebook
  • MySpace
  • Technorati
  • Twitter
  • RSS