Hasad Dengki Menyebabkan Segala Amalan Seumur Hidupnya Di tolak Allah S.W.T.

Hasad Dengki Menyebabkan Segala Amalan Seumur Hidupnya Di tolak Allah S.W.T.

Sahabat Rasulullah s.a.w tidak ada sendikit pun perasaan Hasad Dengki didalam diri mereka. Ini adalah syarat utama untuk menjadi Sahabat Rasullahu alaihi.

Sesiapa yang ada secebis hasad dengki ke atas anugerah Allah kepada hambanya yang Allah pilih akan dihina seperti Iblis berhasad dengki kepada Adam a.s. mempertikaikan anugerah Allah pada Adam a.s menyebabkan segala amalan bakti seumur hidupnya di tolak menempah dirinya hina-dina Ke Neraka Jahanam.

Dengan itu marilah kita beringat sesama kita dengan menyerah diri kita bulat-bulat kepada Allah ke atas sesuatu anugerah Allah sebagai sesuatu ujian untuk kita kongsi bersama dan hindarkan diri kita dari berhasad dengki.

Sesiapa yang meninggal Solatnya maka tidaklah ia Berugama Islam. Ia dihumban ke dalam Neraka Sakar. Dengan itu janganlah sekali mengabaikan diri kita dari menunaikan solat bagi membuktikan diri kita adalah hambaNya yang bertakwa.

“Iman Telanjang tanpa Takwa

Maka Takwa itu adalah Pakaian kepada Iman”

 

Semoga Perkara Penting ini Menjadi Peringatan kepada diri kita semua.

Wallahu’alam