UTAMA| Qalbu | ADAM |ADAT| BIJAK
 

HADIAH

 

Kami menghadiahkan pada diri anda yang ingin menjadi Ahli keluarga Melayu Asli Bani Adam yang memengang adat-resam syariat Islam ke dalam halaman ini.

 

Halaman ini telah dibiayai oleh keluarga Melayu Asli Bani Adam ini. Berbagai-bagai rintangan, halangan dan perbelanjaan yang besar dengan memakan masa yang panjang untuk membangun, membina dan memelihara halaman ini demi meletakkan yang hak lagi benar, untuk melenyapkan yang bathil, yang dusta lagi menyesatkan tetap hapus lenyap sama sekali, sesungguhnya yang bahtil itu tetap lenyap ditelan oleh yang hak lagi benar. Inilah kata-kunci fitrah yang berkat, kita laksanakannya sepanjang dan masa hayat kita, untuk menyucikan ruh dan jasmani kita menjadi amalan beriman dan bertakwa pada Allah S.W.T. yang maha Esa senantiasa dilaksanakan..

 

Salam Selamat Sejahtera anda di iringi dengan ucapan Assalamualaikum waruhmatullahi-wa-barukaatuh kalamuAllah dari kami sekeluarga.

 

Anda hendaklah memelihara adat resam syariah Islam yang menjadi adat turun temurun warisan Melayu yang mengesakan dalam satu keterunan Adam a.s. supaya pada mereka yang tersesat jalan oleh Iblis dan Syaitan kembali ke pangkal jalan dengan erti kata mengikat kembali dalam satu keturunan yang asal yakni Bani Adam a.s.  Dengan Ikatan ini dapatlah kita, tidaklah lagi membedakan siapakah diri kita? Kita tidak ada kasta atau membeda dan menghina antara satu sama lain yang didustakan jalan kesesatan Iblis dan Syaitan. Kita tidak lagi merahsiakan kebenaran yang telah kita laksanakan. Segala sesuatu yang tidak benar dilenyapkan dari kamus tulisan kita. Kita tulis cerita pengalaman keinsafan kita dengan mencerita kisah pengalaman kebaikan dan kebajikan kita supaya di lain pihak mendapat maklumat yang benar dan percaya pada kebajikan yang kita laksanakan dengan perasaan keinsafan atau dengan sendirinya menyokong dan menyertai diri mereka dalam keluarga kita.  Kita senantiasa memelihara kitab sejarah silam adat-resam syariah Islam kita sebagai rujukan betapa majunya Melayu Asli Bani Adam di zaman silam seperti yang tercatit dalam kitab Undang-Undang Kedah yang senantisa memelihara Islam kita berkembang maju bersama Kitab Al Quran dan Hadith Nabi Muhammad s.a.w. Semuga kita sama-sama menambahkan membina pembangunan dan memeliharakannya dalam halaman ini. Selamat maju-jaya dalam tugas perlaksanaan anda untuk memajukan halaman ini Hak Kita Bersama.

Pihak Keluarga yang telah memberi hadiah ini mengharapkan hadiah dari anda sebagai balasannya. Kami tidak mengharapkan hadiah yang lumayan kebendaaan dari anda. Kami mengharapkan hadiah yang amat besar disisi Allah S.W.T. dari anda dengan menghadiahkan pahala dengan rajin membaca Al Faathihah dan lain Ayat yang menambah pahala kita di hadiahkan sesama kita. Hadiah yang paling kecil dari kebendaan yang anda tidak perlukan diberi dan dimasukkan dalam halaman ini agar dapat kami menguruskan penerimanya yang manfaat hadiah itu menjadi pahala yang besar untuk dihadiahkan kembali kepada sesama kita. KLIK DI SINI BERSAMBUNG....


| Qalbu | ADAM |ADAT|  BIJAK

Kongsi dan Berseronoklah:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • Facebook
  • MySpace
  • Technorati
  • Twitter
  • RSS