BIJAK
Belajar Ilmu Jariahkan Amalan Kita.
Belajar, ajar, mengajar adalah bermaksud mengejar akan pahala-pahala
setiap amalan yang sedang kita lakukan tanpa melakukan sesuatu perilaku yang
menyekutukan Allah S.W.T. untuk keuntungan dagangan harta yang kita senantiasa
menginfakkan atau membahagikan harta itu agar ganjaran pahala adalah harta yang
kekal abadi sebagai bekalan kita di hari pembalasan nanti.
Belajar bermaksud menuntut ilmu Allah S.W.T. demi menambah gandakan
ganjaran pahala apabila kita mengajar ilmu yang kita telah pelajari itu kepada
orang lain agar ia menjadi warisan sehingga ke hari yang terakhir yakni hari
kiamat.
Apabila kita mengajar ilmu itu pada kepada orang lain adalah menjadi
amalan jariah untuk sama-sama berbincang agar ilmu itu bertambah padu di dalam
hemati pancaindera kita.
Belajar Ilmu
Jariahkan Amalan Kita.
Ringkasannya B.I.J.A.K. adalah kata kunci yang
benar-benar mengukur tahap kebijaksanaan kita di dalam amalan kita seharian
menyebarkan ilmu-ilmu kebijaksanaan Allah S.W.T. pada manusia yang lain agar
taraf tamadun manusia meningkat dari semasa kesemasa. Ilmu mengEsakan Allah
S.W.T. sahaja yang dapat meletakkan yang hak atau yang benar tampil kehadapan
dan yang bathil atau yang tidak benar itu dilenyapkan sesungguhnya yang bathil
itu tetap lenyap.
Runungkalan pantun ini:-
Di mana bumi di pijak
Di situ langgit di junjung
Dimana budi yang bijak
Di situ diungkit dan di sanjung
Pantun ini adalah kayu pengukur ke atas ungkit akan Allah S.W.T.
terhadap segala amalan seumur hidup kita yang mana yang hak atau yang benar
sahaja yang disanjung dengan balasan kenikmatan keredaan sesama kita di bawah
nuagan keredaan Allah S.W.T.
