Kata-kata kunci:
AJARA = PAHALA=AJAR MENGAJAR BELAJAR
gunakanlah
AKAL = Alam Kejadian Allah Lillahitaala
atau
= Amalan Keji Allah Laknat
Pilihan untuk kita
BerFIKIR
kumpulkan dan catitkanlah
PENGALAMAN
yang jalan yang sebenar bagi menambahkan
ILMU
pengetahuan kita.
Aturan Dan Amalan MaklukNya, Ringkasnya A.D.A.M.
Inilah kata kunci yang Allah berikan nama kepada ADAM manusia ciptaanNya yang istimewa daripada makhluk ciptaanNya yang lain. Untuk diberi tugas penting pada Adam bagi mengatur peraturanNya agar semua makhlukNya melakukan perbuatan amalan mengikut syariat kebenaranNya. Yang mana taat akan perintahNya diletakkan sebagai golongan yang beriman dan yang mana derhaka padaNya diletakkan sebagai golongan menzalimi diri mereka sendiri.
Yang mana yang Allah S.W.T. direstuiNya dan diredaiNya akan diberi ganjaran di bawah nikmat fitrahNya dinamakan golongan yang beriman yang ditempatkan ditempat yang bernama Syurga.
Dan Yang mana menderhaka yang menjadi golongan menzalimi diri mereka sendiri.
akan ditempatkan ditempat kemurkaan dan siksaanNya yang bernama Neraka.
Allah S.W.T. telah mencipta di peringkat awal kejadian penciptaanNya adalah berpasangan. Maka Allah mengajar Adam akan nama-nama pada semua ciptaanNya dan dilantik sebagai Pengasas merasmi namakan setiap sesuatu yang ciptaannya itu menjadi guru mengajar pada sekelian Makhluk ciptaanNya mengajar pada mereka akan nama-nama yang Allah S.W.T. ajarkan pada Adam a.s.
Adakah Allah S.W.T. telah memberi peralatan yang canggih pada Adam a.s? (sila klikkan sebagai bukti tambah)
Allah S.W.T. telah memberi peralatan yang canggih pada Adam a.s. untuk menjelajah kesemua alam ciptaanNya bagi menjalankan tugasnya untuk mengajar pada semua makhluk ciptaaanNya dengan merasmi namakan pasangan masing-masing. Setiap Alam ciptaanNya dijaga oleh malaikat ciptaanNya. Malaikat sebagai penjaga pada Alam ciptaan Allah S.W.T. mereka tidak tahu apakah nama benda yang mereka jaga itu?. Mereka ternanti-nanti akan nama benda-benda itu yang menjadi tanda tanya pada diri mereka dan tidak tahu apakah kegunaanNya.. Tugas mereka adalah menjaga dan memelihara dan membina keselamatan agar tidak sesiapa yang boleh menganggu tanpa keizinan oleh Allah S.W.T. Ilmu yang diberikan pada mereka adalah terhad ke atas apa yang Allah S.W.T. bagi tahu atau ajarkan.. . Tugas mereka menjaganya dan mentaati perintah Allah S.W.T sahaja
Aturan Lillahitaala Amalan MaklukNya. Ringkasnya A.LA.M. Inilah Kata Kunci ALAM ciptaan Allah untuk menentukan peraturan yang semata-mata kerena Allah sahaja yang menjadi amalan beribadat makluknya sujud menyembahnya di hari Awal di Alam Dunia hingga di hari Akhir atau hari pembalasan yakni Hari Kiamat atau Alam Akhirat.
Apabila Allah beritahu bahawa ciptaannya, manusia sebagai Khalifah sekelian dan ditugaskan untuk mengunakan bumi bagi menjalankan tugas perintah Allah tersebut itu . Ketua sekelian Malaikat bertanya pada Allah adakah manusia ciptaan baru Allah itu akan mengguna apa yang mereka telah menjaganya itu selama ini akan melakukan kerosakan ke atas penjagaan rapi mereka.
Apakah namamu yang kamu ternanti nanti akan nama mu yang belum kamu ketahui. Mereka menjawab Allah sahaja yang mengetahuinya. Selagi tidak Allah ajarkan pada mereka, mereka tidak tahu. Inilah Makhluk ciptaan Ku Adam a.s. Nama Nya untuk ditugaskan pada perAturan dan Amalan Makluk ciptaanKu (Allah S.W.T.) merasmi namakan sekelian dan mengunakan apa jua benda paralatan di bawah jagaan malaikat untuk menjalankan tugas perintahKu (Allah S.W.T.).
Apabila Adam memperkenalkan dirinya bernama Adam sebagai khalifah pada sekelian itu. kemudian menamakan ketua Malaikat itu sebagai Iblis, dan menyebut akan tugas-tugas jagaan dibawahnya yang telah diajar Allah pada diri Adam .as. terlebih awal daripada itu., maka tahulah akan namanya yang bernama Iblis. Begitulah nama malaikat yang lain satu persatu serta menamakan setiap sesuatu ciptaan Allah yang di bawah jagaan mereka. Mereka kagum akan ciptaan makhluk baru yakni manusia ciptaan Allah dan memuji kebenaran Allah itu meliputi semesta Alam..
Apabila Allah S.W.T.perintahkan sekelian malaikat sujud hormat kepada Adam. Maka sekelian malaikat sujud hormat padanya, kecuali ketua sekelian malaikat yang ingkar dan angkuh tidak mahu sujud pada Adam. Sebolehnya Iblis berkehendakkan Adam kenalah sujud hormat.padanya sebagai ketua sekelian malaikat yang menjaga kepentingan alam ciptaaan Allah.
Rujukan Al-Quran seperti berikut:
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang lalim. [Surah Al-Kahfi (18): 50]
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Surah Al-Baqarah (2): 34]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat, "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. [Surah Al-A?raf (7): 11]
Iblis menjawab, "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, [Surah Al-A?raf (7): 16]
Iblis menjawab, "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". [Surah Al-A?raf (7): 14]
Maka kami berkata, "Hai Adam, sesungguhnya ini (iblis) adalah musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali janganlah sampai ia mengeluarkan kamu berdua dari surga, yang menyebabkan kamu menjadi celaka. [Surah Thaha (20): 117]
Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membedakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu. [Surah
Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat, "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. [Surah Al-A?raf (7): 11]
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir. [Surah Al-Baqarah (2): 34]
Allah berfirman, "Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?" [Surah Al-Hijr (15): 32]
Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil". [Surah Al-Israa (17): 62]
dan bala tentara iblis semuanya. [Surah As-Syuaraa (26): 95]
Dia (iblis) berkata, "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil". [Surah Al-Israa (17): 62]
Kita ikuti petikan kisah dalam hikayat Iblis seperti berikut:-
http://swaramuslim.net/hikayat/more.php?id=A1743_0_14_0_M
Pertanyaan Nabi (3):
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?"
Jawab Iblis:
"Semuanya itu adalah anugerah daripada Allah Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa Diriku telah beribu-ribu tahun menjadi ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian Aku tinggal di dunia ini beribadat bersama sekalian Malaikat beberapa waktu lamanya.
Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan seluruh Malaikat memberi sujud hormat kepada lelaki itu, kecuali aku yang ingkar. Oleh karena itu Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan kelam. Perasaan aku amat marah sekali. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki kianat dan dendam kepada mereka.
Akhirnya aku berhasil menipu dengan menjadi penasihat mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun perasaan nafsu ku tidak puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga Hari Kiamat.
Sebelum Engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya aku dapatkan, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid'ah dan carut-marut (nama malaikat rujuk dalam surah Al-Baqarah ayat 102 nama malaikat harut dan marut; perkataan ini tidak boleh digunakan sebab boleh merosakkan iman kita . Bukankah percaya pada malaikat adalah salah satu daripada rukun iman).
Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahasia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tenteraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut."
Kita telah diperdayakan oleh Iblis dan Syaitan yang senantiasa mengubahkan apa jua perkataan kalam Allah ini secara halus melalui sastera untuk mengindahkan kata-kata kita, supaya menjadi kesesatan yang nyata tanpa kita sedari. Seperti penulis telah tersalah menceritakan dengan meletakkan nama marut itu sebagai satu yang tidak boleh di percayai dengan kita berkata ini karut marut. Jangan sekali-kali kita katakan demikian yang boleh menyebabkan kita tersesat jalan. Marilah kita letakkan perkataan carut marut atau karut marut yang asal dari malaikat Harut dan Marut ini sebagai malaikat digugurkan dari tersesat jalan kita dan wajib kita tukarkan perkataan carut marut menjadi maki hamun dan perkataan karut marut menjadi perkataan dusta belaka . Maka kita telah menyelamatkan diri kita dari tersesat jalan tanpa kita sedari dengan meletakkan kembali kedudukan malaikat Harut dan Marut yang menjaga ilmu karamah dari Allah untuk kita menangkis segala ilmu sihir yang dicuri oleh Iblis dan syaitan dengan menukarkan ilmu karamat ini kepada ilmu sihir yang menyalah gunakan kejalan yang sesat.
Disebabkan kita tidak peka ke atas perkara ini maka iman kita telah rosak secara halus tanpa kita sedari di mana doa kita untuk menghapuskan sihir tidak di makbulkan Allah dan tidaklah dapat kita hapuskannya sebab kita menepikan peranan malaikat Harut dan Marut ini yang dapat menghapuskan sihir dengan ilmu karamat melalui mereka yang diberi tugas oleh Allah S.W.T. kepada mereka menjaganya memeliharanya dan mengatasinya.
Dengan sebab itulah kita dizaman ini telah kalah dan tewas oleh pengikut Iblis dan Syaitan yang telah berjaya merosakkan iman kita melalui kaedah mengumpan dengan sedikit modal untuk menyesatkan kita sepenuhnya tanpa kita sedari.
Dengan adanya halaman Pendaftar ini marilah kita bangun belajar, ajar, mengajar, mengkaji, membaiki, membina, mendirikan, menegakkan, dan memelihara semula apa yang telah dirusakkan oleh golongan Iblis dan Syaitan. InsyaAllah kita dapat menaikkan taraf iman kita dari semasa kesemasa atau berperingkat-peringkat dengan jayanya bergantung ke atas kerjasama kita dalam keinsafan yang sebenarnya demi mengEsakan Allah S.W.T.. Yang mana yang baik, yang bijak, yang pandai itu adalah daripada Allah pencipta kita, kita hambanya yang Maha Bodoh bertambah bodoh apabila ilmu Allah yang Maha Luas bijak bistariNya kita pelajari. Kita hanya menyampaikan kepandaian Allah pada diri kita semua supaya kita senantiasa memuji kebesaranNya. Amin.
Hadiah Istimewa dari www.pendaftar.info menanti anda! Segeralah daftar Ahli!
Terima Kasih.
